GO GO GO !!




Malaysia bawah 23 sedang bersiap sedia untuk pertempuran yang sengit menentang pasukan EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) dalam perlawanang terakhir peringkat kumpulan kelayakan piala ASIA, Rabu ini.

Dalam persiapan rabu ini, jurulatih kebangsaan K.RAJAGOBAL menekankan bukan mudah untuk menang dalam perlawanan menentang UAE rabu ini. Dia juga menyifatkan perlawanan rabu ini kalah atau menang menjadi kejayaan nombor 2. Beliau mahu pemain beliau menimba penuh pengalaman untuk membentuk pasukan yang lebih mantap pada 2 atau 3 tahun kemudian. Ini kerana rata-rata pemain beliau terdiri daripada umur bawah 23 tahun.

Sebelum ini perlawanan persahabatan menentang pasukan syria, Malaysia menang 4-1 di stadium Bukit jalil rabu lalu. Ini memberi semangat yang positif untuk dibawa pasukan malaysia untuk bertemu dengan pasukan UAE.

p/s: Kami rakyat Malaysia mendoakan semua kejayaan Negara.. MALAYSIA BOLEH!!

0 comments:

Post a Comment