Doa Anak-Anak




Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya,
tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".


Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya
si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.


Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya,
tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".


Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui
mati,juga kerana sakit jantung.


Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu.
"Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".


Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi
lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.


Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang
pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh
pagi tadi tau!"


Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"


Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati
sakit jantung pagi tadi ..."


Si ayah... ?@!%^#=+??


Kwang Kwang Kwang ...




p/s: anak saper sebenarnya budak nih?


0 comments:

Post a Comment